Skip to main content

The Why – part II

Saya mahu mengajak anda semua kembali kepada asas.

Kita hidup dengan memerlukan 3 perkara yang utama. Tinggal salah satu darinya akan menyebabkan kehidup tidak sempurna;
1) Makanan – tak makan, kita mati kelaparan.
2) Pakaian – secara lumrahnya ia melindungi tubuh dari elemen alam (menyokong kesihatan diri), menutup aurat, memperbaiki kehidupan social. Kalau takde - orang kata kite gila.
3) Tempat tinggal/ perlindungan – ia menjadi tempat sokongan utama untuk kita melindungi 2 perkara utama sebelumnya  dan juga tempat kembang biak keturunan. Eh kambing pon ada rumah laa.

Ketiga-tiga perkara di atas, orang dah buat bisnes dengannya. Mengapa? Sebab bisnes itu memang sentiasa ada permintaannya.

1) bisnes makanan - Jual goreng pisang, jual nasi lemak, jual susu, jual produk makanan kesihatan, jual makanan → harga murah, main ikut volume tinggi dan kualiti boleh terima, akan melahirkan Jutawan makanan berjaya.
2) bisnes pakaian – Levis, Guess, Ralp Lauren, Telekung Siti Khadijah, Leeyana Rahman, tudung Naelofar → bahan mentah murah, tapi main ikut kualiti dan jenama; boleh jual sikit tapi mahal dan margin keuntungan yang tinggi. Cuba bayangkan sehelai tudung beli kat China, cost RM5 tapi taruk jenama, jual kat orang gile feshen kat Malaysia nie boleh kaut RM60-RM100. Gila tak? Memang gile orang yang membeli tu!
3) bisnes hartanah – inilah yang kita cuba nak faham. Satu segment perniagaan senyap yang jika ditadbir dengan betul, boleh menjana pendapatan kepada setiap orang yang membuatnya pada takat sederhana ke untung GILA! Hanya dengan usaha yang sambil-sambil sahaja. Risiko juga minimum.

Percaya tak... kalau anda ambil pinjaman untuk bisnes ini, andainya anda mati sebelum sempat habis bayar pinjaman – pihak insuran akan bayarkan hutang itu untuk anda sampai habis. Hutang abis, hartanah pulak dapat kat waris (kaedah insuran MRTA atau MLTA). Tak ke HEBAT! Berbanding dengan perniagaan lain, jika ada hutang perniagaan, silap-silap waris kene tanggung, perniagaan pon takde kesinambungan.

Saya harap anda sudah faham WHY saya ajak anda melabur dalam hartanah. Anda yakin risikonya rendah, easily manageable, boleh generate untung yang stabil dengan usaha yang sambil-sambil. Cuma sekarang adakah anda READY?

Jadi next one saya akan terangkan bagaimana dan WHO yang ready. Harapnya anda memang sudah masuk dalam kategori ini 😃
 
(sementara menunggu boleh juga intai listing saya :)

Comments