Selamat menimba ilmu sekali lagi. Pada post yang lepas saya sudah
memberitahu HOW. Sekarang saya akan kemukakan kenapa saya berpihak
kepada investment hartanah.
Dalam industry hartanah, adalah normal untuk mengambil pakai “rule
of thumb” iaitu satu property akan meningkat nilainya kepada sekali
ganda setelah ia mencapai umur 10 tahun. Bermakna jika anda membeli
satu (andaikan) cokelat dengan harga RM1 pada 10 tahun yang lepas,
tahun ini ia akan berharga RM2. Tapi hartanah bukan singgit due
kan...
Ok, simpan tuu dalam kepala. Sekarang kita nak tengok graf (klick untuk besarkan). Yang di
bawah menunjukkan nilai hartanah yang berpindah tangan dari tahun
1990 hingga 2016 (data dari NAPIC).
Sila amati graf tersebut dan anda boleh kaitkan tahun-tahun tertentu
dengan peristiwa dunia (contoh: krisis ekonomi dunia, 9/11, SARS,
krisis ekonomi USA, harga minyak jatuh etc..). Bandingkan juga dengan
graf-graf investment yang lain (jgn malas) seperti Unit Trust, Fix
Deposit, insurance dan lain-lain. Apa yang menariknya ialah sektor
hartanah, walau naik lambat tetapi ia tetap naik dgn stabil/
exponential (khususnya 10 tahun yang lepas). Betul tak sekali ganda
setiap 10 tahun?
Sekarang mari kita zoom-in ke kurang 10 tahun yg lepas. Sila tengok graf di
bawah (klick untuk besarkan).
Oh! Tidak menarik. Ye lah sekarang nie memang tengah menurun
transaction nye akibat dari dasar-dasar kerajaan untuk mengawal harga
rumah, sekaligus mengawal industry dari mengalami situasi “bubble
burst” seperti yang terjadi dalam industry internet suatu masa
dahulu. Terlalu ramai orang membuat spekulasi menyebabkan harga rumah akan terus meningkat, developer pula terus menghasilkan rumah yang banyak
mengikut harga spekulasi –> akhirnya orang tak mampu membeli
rumah-rumah tersebut, developer pun gulung tikar bersama
hutang-hutang. Apa-apa industry yang merundum secara mendadak akan
mengakibatkan ketidak stabilan ekonomi, juga menganggu situasi
politik negara → susah nak memegang kerajaan.... ramai juga orang
akan terjun bangunan (tak main-main nie).
Berbalik pada graf, walaupun transaksi menurun tetapi jumlah
perbezaan dari tahun ke tahun tidak menunjukkan perbezaan yang besar.
2016 ke 2017 macam mahu meningkat semula, biasalah semua keadaan ada
cycle nya.
Jadi, apa yang anda dapat?
1) setiap 10 tahun, harga meningkat 100% dan kalau bertuah mungkin
lebih.
2) industry hartanah di Malaysia adalah sesuatu yang kurang terkesan
dgn keadaan ekonomi dunia.
Nie sahaja? Okeh laa untuk membuat anda faham. Nanti saya bagi lagi
pencerahan untuk “membeli kekayaan” dengan hartanah. Diagram mindmap yang lepas akan diaplikasikan berulang kali.
(sambil menunggu, boleh intai listing saya :)
(sambil menunggu, boleh intai listing saya :)
Comments
Post a Comment